Panduan Merit Demerit

1.0      PENGENALAN DAN KONSEP

1.1      Mula dipraktikkan di SK Bertam Indah mulai tahun 2015 . Pelajar dinilai dan diberi markah oleh guru berdasarkan perlakuannya semasa di sekolah.   Pelajar diberi markah merit jika berkelakuan positif dan demerit jika   sebaliknya.   Rekod pelajar dicatatkan dan dibawa markahnya dari dia mula bersekolah di sekolah ini sehinggalah dia meninggalkan sekolah ini dan keputusannya akan dicatatkan dalam Sijil Akuan Pelajar berdasarkan penggredan ini. 


Mata merit
Pungutan mata
Mata demerit

A
200 ke atas
D

B
100-199
C

C
50-99
B

D
0-49
A


Prestasi:





A = Cemerlang
B = Baik
C = Tidak Memuaskan
D = Sangat Tidak Memuaskan



2.0    RASIONAL DAN KEBAIKAN SISTEM

2.1    Dapat melihat rekod disiplin pelajar walaupun tidak menggambarkan personaliti  pelajar tersebut secara total dan tepat .  Rekod tersebut dapat digunakan pihak sekolah sekurang-kurangnya sebagai asas untuk menentukan sama ada pelajar perlu diberi kaunseling, motivasi, pengkayaan dan sebagainya.   Dapat digunakan sebagai rujukan apabila guru berhadapan dengan ibu bapa atau penjaga. Apa yang berlaku, tarikh kejadian, tandatangan guru dan pelajar semuanya tercatat di dalam borang tersebut.   Pelajar lebih berdisiplin apabila menyedari tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas mereka oleh pihak sekolah.   Pelajar lebih bersemangat untuk melakukan perkara-perkara yang positif kerana akan diberi ganjaran yang setimpal.   Pelajar akan lebih peka terhadap persekitarannya dan berusaha untuk mengadaptasikan diri secara positif sama ada di dalam kelas ataupun di sekitar kawasan


3.0 PERLAKSANAANNYA

3.1 Pada awal tahun, setiap pelajar akan bermula dengan markah 100.Apabila pelajar  melanggar peraturan disiplin sekolah, tindakan markah demerit akan dijalankan.   Sebaliknya, apabila pelajar berjasa kepada sekolah, markah merit pula akan ditambahkan  kepadanya.


3.2 Penyediaan Fail Disiplin Pelajar

Semua pelajar akan disediakan borang merit demerit ( rujuk lampiran A) dan semua maklumat   penting perlu diisi oleh pelajar sendiri. Borang tersebut akan    disimpan di dalam satu fail mengikut kelas dan akan disimpan di bilik  disiplin/kaunseling.Semua maklumat disiplin pelajar adalah rahsia. 


3.3 Kuasa menentukan mata merit demerit

Semua guru SK Bertam Indah diberi kuasa memberikan mata merit demerit kepada pelajar.Walaubagaimanapun, dalam kes serius, ia perlu dirujuk terus  kepada Lembaga Disiplin untuk pemberian mata dan tindakan susulan. Bagi mata  demerit pelajar yang memerlukan tindakan, guru perlu melaporkan kepada Lembaga Disiplin untuk tindakan lanjut termasuk makluman kepada ibubapa  penjaga, gantung dan sebagainya.   Tindakan yang diambil tidak semestinya mengikut kriteria yang ditetapkan. Ada kalanya budi bicara pihak sekolah digunakan. 


3.4  Cara perlaksanaan  

Guru yang mengesan salah laku pelajar perlu segera melapor kepada guru kelas atau  membawa sendiri pelajar ke bilik disiplin. Fail pelajar akan dibuka dan guru   dikehendaki mengisi butiran yang diperlukan termasuk menurunkan tandatangan guru       dan pelajar. Mata demerit akan diberikan berdasarkan kod tatacara tindakan Lembaga Disiplin.    Pelajar boleh mengurangkan mata demerit dengan melakukan kerja amal  dan markah bonus oleh guru.Bagi kerja amal,guru mengawas akan menilai prestasi kerja dan menentukan mata merit yang wajar diberikan berdasarkan panduan mata    merit yang  disediakan oleh Lembaga Disiplin.   Pihak sekolah boleh atas pertimbangan dan budi bicaranya memberi kuasa kepada pengawas-pengawas sekolah untuk memberi merit dan demerit tidak melebihi 5 mata bagi setiap kes dan  direkodkan. 

                          

                   


4 KOD DAN TATACARA TINDAKAN DISIPLIN SK BERTAM INDAH BERDASARKAN SISTEM MERIT DEMERIT  


KOD
TINDAKAN

1
Amaran pertama

2
Amaran kedua

3
Amaran ketiga

4
Amaran keras

5
Ibubapa dipanggil

6
Mata demerit

7
Kerja amal atau mata demerit

8
Dihantar untuk sesi kaunseling

9
Surat amaran pertama kepada ibubapa / penjaga ,jika telah mengutip 30 atau lebih mata demerit.

10
Surat amaran kedua kepada ibubapa / penjaga digalak untuk datang berbincang dengan guru / pihak pentadbiran sekolah tentang perihal salah laku anak (mata demerit terkumpul 30-45)

11
Surat amaran ketiga dan ibubapa / penjaga dipanggil berjumpa dengan pihak pentadbiran sekolah jika pelajar telah mengutip 70 atau lebih mata demerit

12
Surat dihantar kepada ibubapa / penjaga jika anak mereka telah mengutip 85 mata atau lebih mata demerit.Ibubapa / penjaga perlu menandatangani Surat Perjanjian Berkelakuan Baik dengan pihak sekolah.Pelajar akan digantung persekolahan selama satu minggu.

13
Ibubapa / penjaga dipanggil lagi jika anak mereka telah mengutip 100 atau lebih mata demerit.Tindakan-tindakan berikut boleh diambil terhadap pelajar dan bergantung kepada keseriusan kesalahan pelajar.

Pelajar digantung persekolahan selama dua minggu .Sama ada diberi peluang kali kedua dengan syarat-syarat yang lebih ketat,termasuk menandatangani Surat Perjanjian Berkelakuan Baik kali kedua dan terakhir serta dua rotan.  

14
Jika masih melanggar disiplin sekolah,pelajar dan ibubapa / penjaga telah dimaklumkan untuk berhenti sekolah secara sukarela dan mengambil Sijil Berhenti Sekolah.

14A
Surat Pertuduhan akan dihantar kepada ibubapa / penjaga setelah mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Peringkat Sekolah diadakan.Pelajar berkenaan diberi tempoh 14 hari untuk menjawab surat pertuduhan tersebut.Sekiranya gagal menghantar jawapan dalam tempoh masa yang ditetapkan,pelajar berkenaan dianggap tidak mahu membela diri dan kesnya akan dipertimbangkan berasaskan kepada keterangan yang ada pada Jawatankuasa Disiplin Pelajar Sekolah

14B
ATAU setelah menerima jawapan kepada Surat Pertuduhan Jawatankuasa Disiplin akan mengadakan mesyuarat untuk meneliti segala butir jawapan samada menerima atau nmenolak rayuan pelajar.Jika jawapan atau alasan terhadap setiap pertuduhan adalah munasabah dan relevan ,ahli Jawatankuasa Disiplin Sekolah akan mencadangkan tindakan lain yang sesuai dan wajar.Jika pelajar gagal memberikan jawapan dan alasan yang munasabah, kes pelajar akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Peringkat Bahagian dengan  cadangan buang sekolah.  

14C
Dirujuk terus kepada pihak sekolah

15
Dirujuk terus kepada PPD  dan digantung selama dua minggu persekolahan atau sehingga menerima keputusan daripada PPD.

16
Dirujuk terus kepada JPN) / Pengarah JPN dan digantung selama dua minggu persekolahan atau sehingga menerima   keputusan daripada JPN

17
Tertakluk kepada keputusan-keputusan lain yang di luar daripada tindakan-tindakan di atas

18
Ganti rugi

19
Tidak dibenarkan memandu basikal ke sekolah

20
Alat yang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah akan dirampas dan tidak dikembalikan



5. TATACARA TINDAKAN DISIPLIN SK BERTAM INDAH MENGIKUT PUNGUTAN MATA  


30 mata  -     
Amaran pertama

50 mata  -    
Amaran kedua. Ibubapa/penjaga digalak ke sekolah   berbincang.

80 mata  -       
Amaran ketiga. Ibubapa/penjaga dipanggil ke sekolah berbincang.Digantung persekolahan selama 14 hari

90 mata   -        
Surat kepada ibubapa/penjaga. Ibubapa menandatangani  surat berkelakuan baik.

100 mata    -     
Ibubapa/penjaga dipanggil ke sekolah. Dikenakan tindakan   atau diberi peluang kali kedua dengan syarat lebih ketat  termasuk menandatangani surat perjanjian berkelakuan baik kali kedua dan terakhir.Direhatkan persekolahan . 


5.1 Sekiranya masih melanggar disiplin sekolah, tindakan berikut akan   diambil.   

   

5.1.1 Surat pertuduhan akan dihantar kepada ibubapa/penjaga setelah   mesyuarat jawatankuasa disiplin sekolah diadakan.   Pelajar diberi   tempoh 14 hari menjawab dan sekiranya gagal menghantar jawapan dan tempoh  tersebut, pelajar dianggap tidak mahu membela diri dan kesnya akan  dipertimbangkan berasaskan keterangan yang ada pada Jawatankuasa Disiplin  Sekolah.   Atau   Setelah menerima jawapan pertuduhan, Jawatankuasa Disiplin  Sekolah akan meneliti segala butiran jawapan samada menerima atau menolak rayuan.   Jika alasan relevan, tindakan lain akan dicadangkan.   Jika tidak,         kes   tersebut akan dibawa ke PPD/JPN dengan cadangan buang sekolah.


5.2 Kes-kes rayuan /Kes khas

5.2.1 Bagi kes-kes rayuan / kes khas pihak pentadbir kita: Guru Besar,  Penolong Kanan Satu, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Ko- Kurikulum, Kaunselor pelajar dan AJK Lembaga Disiplin adalah panel yang akan mengendalikan kes rayuan.  


7.0   MATA DEMERIT BAGI PONTENG

Ponteng Sekolah ditakrifkan sebagai tidak hadir ke kelas sepanjang waktu persekolahan biasa berturut –turut tanpa sebarang sebab atau tanpa surat pengesahan dari doktor atau  ibubapa /penjaga.Tindakan yang diambil adalah seperti berikut:  


Bil.
Bil. Hari Ponteng
Mata Demerit
Tindakan

1
3
30
Amaran/nasihat dan kerja amal

2
4
40-50
Ibubapa/penjaga dipanggil

3
6
60-70
Ibubapa dipanggil dan pelajar membuat perjanjian

4
8
80-100
Ibubapa dipanggil, perjanjian akhir, amaran keras dibuat dan digantung sekolah

5
11 Ke atas
Melebihi 100
Dicadangkan untuk dibuang sekolah


8.0    ATUR CARA TINDAKAN DISIPLIN (PINDAAN) 

8.1        Sistem demerit yang dikenakan ke atas pelajar yang melanggar peraturan  sekolah masih berkuatkuasa termasuk tindakan disiplin yang ditetapkan     contohnya untuk kes-kes berat, merokok, membuli, ponteng kelas, mencuri,  melawan guru. (Rujuk Buku Peraturan Sistem Demerit)

          

8.2       Semua kes disiplin, di sekolah yang dialami oleh pelajar mestilah dirujuk terlebih dahulu kepada kaunselor sekolah untuk penyiasatan dan menentukan  punca sesuatu masalah.

           

8.3       Terpulang kepada kaunselor sekolah untuk menentukan sama ada seorang  pelajar itu perlu dikenakan tindakan disiplin atau tidak

           

8.4       Sekiranya kaunselor mendapati masalah pelajar ini boleh diatasi dengan  mengadakan kaunseling individu berterusan, kaunselor mestikan mengaturkan jadual perjumpaan dan pemantauan untuk pelajar ini.

           

8.5       Sekiranya kaunselor berpendapat seorang pelajar ini perlu diambil tindakan   disiplin, pelajar ini akan dihantar ke lembaga disiplin untuk diambil tindakan bersesuaian dengan kesalahan dilakukan.


8.6      Tugas kaunselor ialah menyiasat punca masalah dan tugas lembaga  disiplin mengambil tindakan disiplin berdasarkan laporan kaunselor. Ini untuk  mengurangkan beban guru disiplin yang didapati mengambil masa yang lama  untuk menjalankan penyiasatan sehingga terpaksa meninggalkan kelas  sedangkan tugas penyiasatan dan menentukan punca masalah ialah tugas kaunselor sekolah.

          

8.7     Justeru itu, hanya untuk kes-kes di mana pelanggaran peraturan sekolah           dilakukan secara terang-terangan dan ada saksi sahaja akan terus diambil  tindakan oleh Lembaga disiplin. 


8.8 Untuk semua tindakan yang dikenakan, sila rujuk Pekeliling Yang berikut: 


8.8.1 Surat Pekeliling Ikhtisas  Bilangan 10/2001 – Semua Guru Adalah Guru   Disiplin 

8.8.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2003 – Kuasa Guru Merotan Murid


8.9  Guru adalah diingatkan bahawa sistem ini bukanlah jalan penyelesaian terakhir terhadap masalah yang dihadapi. Oleh itu sebaik-baiknya cuba atasi masalah tersebut dengan cara lain dahulu.




9.  SENARAI PERLAKUAN POSITIF YANG DICATAT DALAM SURAT PUJIAN


9.1          Pengawas/Pusat Sumber/Koperasi/PRS

Markah

9.1.1       Ketua Pengawas/Pusat Sumber/Koperasi/PRS
20

9.1.2       Pen. Ketua Pengawas
10

9.1.3       Pengawas  Sekolah
5

9.1.4       PRS/PPS/Koperasi/Stor Sukan
5

9.1.5       Ketua kelas
5

9.1.6       Pen. Ketua Kelas
5

9.1.7       AJK Kelas
3


9.2         Unit Beruniform

9.2.1       Ketua Unit
5

9.2.2       Pen. Ketua Unit
5

9.2.3       Setiausaha / Bendahari
5

9.2.4       Ahli Jawatankuasa
5


9.3          Persatuan/Kelab/Rumah Sukan

9.3.1         Pengerusi/Kapten
5

9.3.2         Naib Pengerusi/Penolong Ketua
5

9.3.3         Setiausaha/Bendahari
5

9.3.4         Pen. Setiausaha/Pen. Bendahari
5

9.3.5         Ahli Jawatankuasa/Ketua Permainan
5


9.4         Pertandingan/Penyertaan

9.4.1       Peringkat Kebangsaan/Negara
50

9.4.2       Peringkat Negeri
40

9.4.3       Peringkat Daerah
30

9.4.4       Peringkat Sekolah
10

9.4.5       Peringkat Persatuan/Kelab/Rumah Sukan
5


9.5        Tindakan Sahsiah

(Mengikut budi bicara: Guru Besar /PK1/PK HEM/PK ko-ku/Ketua Guru Disiplin/Guru pengawas/SEMUA GURU)
                       

9.5.1       Bertugas dalam Sukan/ Permainan/ Badan Beruniform/ Kelab/ Persatuan
                        5

9.5.2       Memberi maklumat sehingga tertangkap pencuri atau pesalah
                        5

9.5.3      Membantu dalam meleraikan pergaduhan                                                                   5

9.5.4      Menjumpai barang/duit dll, menyerahkan kepada sekolah
                        5

9.5.5      Menolong Guru Besar/Guru secara sukarela                                    
              5
9.5.6      Berkelakuan baik dalam kelas – 3 bulan tanpa kesalahan dalam fail disiplin kelas
                        5


9.6       Markah merit tidak akan diberi kepada semua aktiviti WAJIB/RUTIN seperti kehadiran perjumpaan kurikulum, menyiapkan nota pelajaran, kerja rumah dan sebagaimananya mengikut budi bicara guru.


9.7         MATA DEMERIT MENGIKUT KESALAHAN





Kod
Kesalahan / Perlakuan
Mata

D1.0
TINGKAH LAKU JENAYAH


D1.1
Berjudi
10

D1.2
Mencuri, memecah masuk kawasan larangan sekolah
10

D1.3
Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pentadbir, pelajar,  kakitangan sekolah, guru
30

D1.4
Melawan / mengancam / memukul / mencederakan pengawas
30

D1.5
Memeras ugut
10

D1.6
Membuli/ mencederakan murid lain.
10

D1.7
Membawa senjata berbahaya
10

D1.8
Mencabul kehormatan
50

D1.9
Mengancam / memukul / mencederakan pelajar lain
10

D1.10
Menceroboh bilik kelas, bilik khas / kedai kantin / koperasi / pejabat sekolah
10

D1.11
Menunjuk perasaan / berpiket / menganggu ketenteraman sekolah
10

D1.12
Membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah
10

D1.13
Membakar
10

D1.14
Memusnah / merosakkan dokumen rasmi
10

D1.15
Bergaduh dengan murid lain
10

D1.16
Membawa dan bermain mercun di sekolah
10

D1.17
Menghidu gam
10

D1.18
membawa bahan-bahan yang menghayalkan
10

D1.19
Membawa, menjual, menanyangkan bahan-bahan lucah
10

D1.20
Menjejaskan kuasa guru besar atau guru yang menjalankan tugas
10





D2.0
TINGKAH LAKU LUCAH / TIDAK SENONOH


D2.1
Bercumbu-cumbuan
10

D2.2
Berkhalwat
10

D2.3
Berdua-duaan / bercinta dalam kawasan sekolah.
10

D2.4
Mengintai pelajar perempuan@lelaki/menyentuh pelajar perempuan@lelaki dengan niat serong
10

D2.5
Menggunakan kata-kata dan perkataan lucah
5

D2.6
Melukis gambar-gambar / menulis kata-kata lucah
10

D2.7
Membawa CD lucah ke sekolah
5

D2.8
Menulis surat cinta kepada murid/ guru lain
5

D2.9
Membawa , menunjuk, menyebar bahan-bahan /gambar lucah.
10





D3.0
TINGKAH LAKU KEKEMASAN DIRI


D3.1
Berambut panjang untuk lelaki / fesyen seperti punk/ skin head atau fesyen lain yang bercanggah dengan peraturan sekolah/KPM.
5

D3.2
Berkuku panjang
5

D3.3
Bermisai & Berjanggut
5

D3.4
Memakai pakaian seragam tidak mengikut peraturan sekolah / tiada lencana
5

D3.5
Skirt sekolah atas paras lutut.
5

D3.6
Baju kurung tidak dikancing
2

D3.7
Seluar sekolah berfesyen
5

D3.8
Rambut berekor
5

D3.9
Memakai selipar (tanpa kebenaran pihak sekolah)
5

D3.10
Memakai pakaian biasa/ jaket (tidak memakai pakaian seragam sekolah).
5

D3.11
Memakai pakaian berwarna di dalam pakaian seragam sekolah
2

D3.12
Tidak memakai baju PJ sekolah semasa waktu PJ
5

D3.13
Tidak memasukkan kemeja ke dalam baju sekolah (seluar) 'Tuck-In'
5

D3.14
Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai
5

D3.15
Tidak memakai tag nama / tali leher / lencana sekolah
5

D3.16
Tidak memakai pakaian seragam mengikut Persatuan pada hari Rabu
5





D4.0
MEMAKAI BARANG PERHIASAN/ MENGHIASKAN DIRI


D4.1
Memakai barang kemas ke sekolah
5

D4.2
Memakai lebih daripada sepasang subang (perempuan)- bukan dicuping telingga.
5

D4.3
Mewarnakan kuku
2

D4.4
Mewarnakan rambut
5

D4.5
Mencabut bulu kening
2

D4.6
Bersolek
2

D4.7
Mengguna kanta lekap (contact lens) berwarna
5





D5.0
MEMBAWA BARANG-BARANG YANG TIDAK DIBENARKAN


D5.1
Membawa semua jenis alatan tajam
30

D5.3
Membawa Radio / 'Walkman'
2

D5.4
Gambar-gambar tidak sopan
5

D5.5
Membawa liquid Paper / Marker Pen
2

D5.6
Membawa pakaian luar sekolah
2

D5.7
Cermin mata hitam / teropong
2

D5.8
Kosmetik / Cermin / Minyak wangi
2

D5.9
Majalah hiburan / komik
2

D5.10
Pita Video DVD / VCD / CD / Kaset
2

D5.11
Tanda-tanda / lencana / label berunsur politik
2

D5.12
Membawa telefon bimbit ke sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah
5

D5.13
Gula-gula getah (chewing gum)/ makanan ringan (junk food)
5





D6.0
TINGKAH LAKU YANG TIDAK MEMENTINGKAN MASA


D6.1
Berkeliaran / merayau di kawasan sekolah semasa waktu pengajaran
5

D6.2
Datang lewat ke sekolah kali pertama*
2

D6.3
Ponteng perhimpunan
5

D6.4
Lewat ke perhimpunan dan majlis yang diwajibkan sekolah
5

D6.5
Makan/berada  di kantin pada waktu  PdP
5

D6.6
Lewat  masuk kelas
5

D6.7
Keluar masuk kelas semasa sesi P&P berjalan
5

D6.8
Bermain dalam bilik darjah atau kaki lima
5

D6.9
Keluar kelas tanpa kebenaran
5

D6.10
Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran
10

D6.11
Berada di kawasan larangan tanpa kebenaran
5

D6.12
Masuk ke kawasan sekolah pada hujung minggu /cuti sekolah tanpa kebenaran
5

D6.13
Berada di tandas lebih 10 minit semasa PdP
5

D6.14
Tidak menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dalam jadual bertugas
5





D7.0
TINGKAH LAKU KURANG SOPAN


D7.1
Berkelakuan kasar terhadap guru
30

D7.2
Berkelakuan kasar terhadap pengawas
30

D7.3
Berkelakuan kasar terhadap rakan
20

D7.4
Memasuki kawasan larangan/kebun dan lain-lain.
10

D7.5
Berbahasa kesat / kasar
10

D7.6
Mengedar/menyimpan rokok
10

D7.7
Menghisap rokok
10

D7.8
Menganggu pengajaran dan pembelajaran
5

D7.9
Tidak menghormati / membantah / mencabar arahan guru
5

D7.10
Tidak menghormati / membantah / mencabar arahan pengawas
5

D7.11
Tidak menghormati lagu kebangsaan / negeri
10

D7.12
Menyimpan pemetik api / mancis
10

D7.13
Meletakkan basikal di kawasan yang tidak dibenarkan dalam sekolah
5

D7.14
Melanggar peraturan lalu lintas
10

D7.15
Tidak mengunci basikal
5

D7.16
Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkan nama baik sekolah
30

D7.17
Tidak mematuhi peraturan persatuan dan kelab di sekolah
2

D7.18
Membuat bising dalam kelas ketika guru tidak ada
5

D7.19
Mengejek seseorang dengan menyebut nama bapa/emak dengan tujuan menghina
5

D7.20
Menggunakan/menjawab telefon bimbit dalam kelas semasa guru mengajar
10





D8.0
TINGKAH LAKU MUSNAH/ ANTI SOSIAL


D8.1
Merosakkan harta benda sekolah
20

D8.2
Merosakkan harta benda Pengetua / guru-guru
20

D8.3
Merosakkan harta benda kantin/kedai koperasi / Stor SPBT
10

D8.4
Melakukan pembaziran air atau elektrik
10

D8.5
Menyalahgunakan peralatan elektrik
5

D8.6
Mengotorkan bangunan/kawasan sekolah
5

D8.7
Mengotorkan kelas
5

D8.8
Conteng dinding / papan notis / papan hitam / papan tulis / sudut m/p dan mana-mana bangunan sekolah
10

D8.9
Conteng buku teks / buku latihan
5

D8.10
Conteng / tulis perkataan / gambar lucah / kesat di atas buku teks / buku latihanbuku laporan akademik
10

D8.11
Merosakkan harta murid lain
5

D8.12
Memusnah dan merosakkan  buku teks, buku latihan, buku kehadiran/catatan harian.
10

D8.13
Sengaja mengganggu kelas/ sekolah
5

D8.14
Bergaduh dengan guru/ murid pengawas sekolah
20

D8.15
Berkelakuan biadap dan angkuh
10





D9.0
TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR / MENIPU


D9.1
Menghasut rakan untuk bergaduh
5

D9.2
Menyebarkan maklumat / berita yang boleh menyebabkan pergaduhan
5

D9.3
Menjalankan urusniaga yang tidak dibenarkan
5

D9.4
Tidak memberi surat dari sekolah kepada ibu bapa
5

D9.5
Tidak membawa ibu bapa jumpa pihak sekolah seperti yang diarah
5

D9.6
Menipu melibatkan wang
10

D9.7
Menipu melibatkan kepercayaan/ pecah amanah
10

D9.8
Memalsukan keterangan / rekod rasmi
10

D9.9
Tidak memberi salam / tidak berdiri semasa guru masuk / keluar bilik darjah
5

D9.10
Semua pelanggaran disiplin  yang dianggap serius oleh sekolah
5

D9.11
Membohong
5

D9.12
Mengguna atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah/ makmal tanpa kebenaran
5

D9.13
Membawa masuk tetamu dari luar kawasan sekolah
5





D10.0
 MELANGGAR PERATURAN PEPERIKSAAN


D10.1
Bercakap semasa peperiksaan
5

D10.2
Membawa dan menggunakan telefon bimbit dalam  bilik peperiksaan
10

D10.3
Keluar awal dari bilik peperiksaan tanpa kebenaran
5

D10.4
Menconteng kertas soalan/jawapan peperiksaan
5

D10.5
Menulis / menconteng perkataan / gambar lucah / kesat ke atas kertas soalan / jawapan peperiksaan / kad laporan
10

D10.6
Meniru semasa ujian / peperiksaan
10

D10.7
Lambat masuk ke kelas semasa peperiksaan
5





D11
 PONTENG


D11.1
Ponteng kelas (termasuk kelas luar sidang)
10

D11.2
Ponteng sekolah
10

D11.3
Ponteng  perhimpunan/majlis sekolah
10

D11.4
Ponteng aktiviti kokurikulum
5

D11.5
Ponteng ujian bulanan
10

D11.6
Ponteng peperiksaan
10

D11.7
Ponteng kelas tambahan
5

D11.8
Keluar dari kelas tanpa kebenaran/ keluar dari kelas melebihi 5 minit tanpa sebab
10





D12.0
TINGKAH LAKU MEMCEMAR ALAM SEKITAR


D12.1
Membuang sampah merata-rata.
5

D12.2
Tidak kerja membersih kelas dan kawasan sekolah.
5

D12.3
Tidak mematuhi peraturan pihak kecerian sekolah.
5

D12.4
Membuang air besar  dan kencing dan  berkencing di kawasan yang tidak ditetapkan  oleh pihak sekolah.
10

D12.5
Lain-lain perkara yang ditentukan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.
20





D13.0
TINGKAH LAKU/ TABIAT BURUK


D13.1
Merokok
10

D13.2
Tidak membawa buku teks/ buku latihan dan lain-lain keperluan belajar
5

D13.3
Tidak menyiapkan kerja kursus/ latihan/ kerja rumah
10

D13.4
Membuat bising dalam kelas
5

D13.5
Tidak memulangkan/ hilang buku teks
10

D13.6
Tidak memberi perhatian
5

D13.7
Mengganggu kawan/ guru
10

D13.8
Makan/ minum dalam kelas tanpa kebenaran
5

D13.9
Tidak duduk setempat
5

D13.10
Ponteng sekolah berterusan selama 30 hari atau secara berkala selama 60 hari dalam 1 sesi persekolahan
20

D13.11
Mengotorkan kelas
10




10.   Hadiah pelajar berkelakuan cemerlang

Setiap tahun, seramai lima orang pelajar yang mempunyai markah merit tertinggi diberikan hadiah  ”Murid Berkelakuan Cemerlang” pada hari penyampaian hadiah.


11.  Tarikh Perlaksanaan

Sistem Merit Demerit dilaksanakan sepunuhnya bermula  1 April 2015.



DISEDIAKAN  OLEH:

BADAN DISIPLIN

 HEM SKBI 2015


No comments:

Post a Comment